Monday 30 July 2012

PETANDINGAN BACAAN TEKS JAWI

Seramai 9 orang peserta telah memasuki pertandingan bacaan teks jawi. pertandingan dihakimi oleh Pn. Juriah Adris. Setiap peserta dikehendaki membaca teks yang telah diundi dalam masa 2 minit.






Monday 23 July 2012

NEWS READING

Pertandingan News Reading telah diadakan sempena Bulan Membaca. Peserta dikehendaki mencabut undi bagi memilih artikel berita yang perlu dibaca. Masa selama 2 minit diberi kepada setiap peserta. Kelancaran dan ketepatan sebutan dinilai dalam pertandingan ini. Puan Salina Ibrahim telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim pertandingan.







AKTIVITI IHYA' RAMADHAN

Panitia Pendidikan Islam telah merangka pelbagai aktiviti pengisian sepanjang bulan Ramadhan ini. Berikut adalah antara beberapa program yang telah dan akan dijalankan.

1. Ceramah di Ambang Ramadan
2. Taddarus Al-Quran (tahun 1- 5)
3. Tazkirah dan kuiz Ramadhan
4. Memperdengarkan bacaan Al-Quran pada waktu rehat
5. Mengedarkan takwin berbuka puasa pada guru-guru dan murid-murid
6. Pertandingan mereka cipta kad ucapan Hari Raya Aidilfitri
7. Info Ramadhan di papan kenyataan
8. Program Musahabah diri
9. Majlis sumbangan Hari Raya untuk anak yatim/ murid miskin
10. Majlis jamuan hari raya



KUIZ RAMADHAN

Saturday 21 July 2012

IHYA' RAMADHAN

Ceramah di Ambang Ramadhan di bawah Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 20 Julai 2012, bermula dari jam 11:00 hingga 12:00 tengahari. Selain ceramah, kuiz dan edaran takwin waktu berbuka dan imsak juga diedarkan pada majlis ini.









Thursday 19 July 2012

TARIK MINAT BELAJAR JAWI

Komik berpotensi tarik minat belajar jawi

KUALA LUMPUR 18 Julai - Percaya atau tidak, komik mampu menarik minat masyarakat tanpa mengira bangsa untuk mempelajari tulisan jawi.
Itulah yang diakui oleh pelukis dan animator bebas, Ahmad Nazri Mahmood, 38.
Dalam satu temu ramah yang diadakan di pejabatnya, Frame to Frame Production Sdn. Bhd. di Subang Jaya, baru-baru ini, beliau mendakwa komik ekperimennya, "Annur dan Miau" berjaya menarik minat lebih 2,000 pembaca di laman sosial Facebook, kurang sebulan selepas dimuat naik.
Nazri yang memegang hak intelek komik itu turut memberitahu Utusan Online, ilustrasi jawi berkenaan juga berjaya menarik minat pembaca berbangsa Cina dan India.
Beliau menjelaskan, daripada respons di laman Facebooknya, pembaca bukan Melayu menyatakan bahawa mereka tertarik dengan konsep komik tersebut dan menganggap ia merupakan satu teknik persembahan baru serta amat unik.
"Memang pada mulanya mereka tidak memahami tulisan (jawi) itu tetapi dengan bantuan rakan-rakan Facebook yang lain para peminat Cina dan India berkenaan kini boleh membacanya sedikit demi sedikit.
"Minat pembaca Melayu dan bukan Melayu ini membuktikan bahawa komik merupakan antara medium paling efektif untuk mempopularkan tulisan jawi," katanya sambil menunjukkan respon-respon yang diterima di laman Facebook milik beliau.
Beliau turut menyatakan harapan agar pihak-pihak yang berkenaan turut serta membantu dalam usahanya untuk meningkatkan kembali minat terhadap tulisan jawi melalui kaedah yang sama mahupun yang lain.
Jelas beliau, jika usaha sebegini tidak diberi sokongan dan bantuan, dikhuatiri pada masa hadapan tulisan jawi akan menghadapi kepupusan.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm

Tuesday 17 July 2012

LAWATAN INSPIRASI MURID TAHUN 6

Satu lawatan khas diadakan untuk murid tahun 6 ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan telah diadakan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai galakan dan memberi peluang kepada para murid meluaskan pandangan, membuka minda dan memberi inspirasi kepada mereka unruk berjaya dalam pelajaran khususnya bagi mencapai 5A pada UPSR akan datang. Lawatan dikelolakan oleh En. Hanif b Abdul Rahman. Terima kasih diucapkan kepada SEMESTI...


Dalam bilik muzik


PSS


Al-Qawarizmi Square

Beramai-ramai menuju ke asrama

Aspuri

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

Pertandingan deklamasi sajak pada 18 Julai 2012 sempena Bulan Membaca.






Saturday 14 July 2012

DBP penggerak gelombang baru - TPM

DBP penggerak gelombang baru - TPM

KUALA LUMPUR 13 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting sebagai penggerak gelombang baru bagi memperkasakan bahan rujukan serta persuratan dalam bahasa Melayu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru DBP antaranya perlulah meningkatkan capaian pengguna dalam bahasa kebangsaan itu melalui maklumat serta program yang disebarkan melalui aplikasi telefon pintar dan komputer tablet.
Katanya, peranti tersebut kini merupakan saluran maklumat utama pelajar, remaja serta golongan profesional muda untuk berhubung dan berinteraksi.
“Sebagai badan tunggal yang diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar berkaitan bahasa kebangsaan, DBP perlu menjadi pemegang amanah atau penjaga perbendaharaan ilmu dan persuratan Melayu di negara ini.
“Selain berperanan sebagai pusat rujukan sehenti oleh penyelidik dalam dan luar negara tentang ilmu dan persuratan Melayu, DBP juga harus meningkatkan kerjasama strategik dan sinergi dengan pusat penyelidikan dan universiti di dalam serta luar negara," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif baru iaitu program Audit Bahasa yang bertujuan membantu meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam.
Katanya, Audit Bahasa yang akan dimulakan tahun depan itu memberi tumpuan awal terhadap enam sektor di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan iaitu perkhidmatan awam, tempat awam, penyiaran dan komunikasi, kewangan dan perbankan, perdagangan dan pendidikan.
Sementara itu, menurutnya, Audit Bahasa dalam sektor lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua program itu dengan bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang akan melaksanakan di papan iklan luar.
“Kementerian Pengajian Tinggi telah meletakkan sasaran penggunaan bahasa Melayu lebih meluas di institusi pengajian tinggi (IPT). Begitu juga Kementerian Kewangan yang telah mengeluarkan arahan supaya bahasa kebangsaan digunakan di bank dan syarikat insurans," katanya.
 sumber - http://www.utusan.com.my

Wednesday 11 July 2012

SENARAI AKTIVITI BULAN MEMBACA


Bulan Membaca peringkat sekolah 2012
SENARAI AKTIVITI
BIL.
ACARA
LOKASI
TARIKH/ MASA
1.
Pelancaran Bulan Membaca 2012
Tapak perhimpunan
9 Julai 2012
2.
Bercerita Bahasa Melayu
Tapak perhimpunan
6,13,20,27 Julai 2012
3.
Book Recite
Tapak perhimpunan
4,11,18,25c  Julai 2012
4.
Pertandingan Teka Silang Kata perumpamaan dan simpulan bahasa

Diedar 4 Julai 2012
5.
Pertandingan Crossword Puzzle

Diedar 11 Julai 2012
6.
Pertandingan Word Search

Diedar 18 Julai 2012
7.
Pertandingan mewarna dan melukis poster membaca
Dalam kelas
23-27 Julai 2012
8.
Pertandingan Deklamasi Sajak
Tapak perhimpunan

16 Julai 2012
9.
Pertandingan News Reading
Tapak perhimpunan

23 Julai 2012
10
Pertandingan Bacaan Teks Jawi
Tapak perhimpunan

30 Julai 2012
11.
Pertandingan Membina folio

Tarikh tutup 27 Julai 2012
12.
Pertandingan Mencipta Penanda Buku

Tarikh tutup 27 Julai 2012
13
Majlis Penutupan Bulan Membaca
Tapak perhimpunan
6 Ogos 2012


Tuesday 10 July 2012

PELANCARAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pelancaran Bulan membaca SK Kayan telah diadakan pada 9 Julai 2012. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu sekolah. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar En. Mohd Shalehin b Suratman. Disusuli dengan persembahan nyanyian Budaya Membaca, persembahan deklamasi sajak, syarahan dan pantun. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama.


UCAPAN PERASMIAN

SYARAHAN FAEDAH MEMBACA- FASIHAH ERDIYANI BINTI SYAHRILAZIZY


PERSEMBAHAN PANTUN 'MARI MEMBACA' - SITI AISYAH BINTI YUSOF

PERSEMBAHAN TAHUN 5
ZUHAIR ISKANDAR BERSEMANGAT MENDEKLAMASIKAN SAJAK 'MERINDUI BUKU'
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH