Saturday 30 June 2012

SAMBUTAN MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2012




Program ini dijalankan sebagai aktiviti Panitia Pendidikan Islam. Bermula dari pagi persekolahan sambutan Israk dan Mikraj telah dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran.  Setelah ucapan Guru, sesi tayangan video diadakan. Sambutan sampai ke puncak dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dzul Haidi b Mohamad dari SK Seri Bayu. Kuiz juga diadakan berdasarkan ceramah yang diberi.

Thursday 28 June 2012

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Peringkat PKG dan Daerah Manjung

Mendengar taklimat dari hakim


dalam persedian di saat akhir
Pada 26/6/2012 telah diadakan pemilihan Tokoh Nilam Negeri di PKG Sitiawan. SK Kayan telah diwakili oleh Noorsyawal Alliah bt Md Rashid dari kelas 5 Kreatif. Pertandingan telah bermula dari 8:30 pagi. Bermula tahun ini format baru telah diperkenalkan dengan pelajar perlu membuat persembahan secara individu dan perbincangan dalam kumpulan.