Tuesday 6 November 2012

SEMALAM, JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PSS DAN PENGAWAS SEKOLAH

TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT YANG ANDA SUMBANGKAN. Semoga anak-anak semua akan terus berbakti di masa hadapan demi agama, bangsa dan negara.







lepas bagi-bagi hadiah penghargaan PSS


Wednesday 31 October 2012

1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara

Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 fokus sektor pendidikan

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012 yang memberi fokus kepada sektor pendidikan dilihat mampu mememartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran 1, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, proses memartabatkan bahasa Melayu menjadi lebih mudah dengan menggunakan pendidikan sebagai pendekatan dan bukan secara paksaan.
Tambah beliau, program berkenaan dapat memupuk rasa cinta akan bahasa kebangsaan di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingannya.
"Sambutan ini juga dapat memantapkan lagi jati diri dan citra kita sebagai bangsa Malaysia.
"Kita perlu sedar bahawa penggunaan bahasa kebangsaan oleh pelbagai kaum mampu mengeratkan perpaduan bangsa dan menyemarakkan peranan bahasa sebagai tonggak pembinaan negara," katanya ketika melancarkan program berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Way hari ini.
BBK 2012 bertemakan "1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara". - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121031/dn_37/Bulan-Bahasa-Kebangsaan-2012-fokus-sektor-pendidikan#ixzz2AsUuTxJd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday 25 October 2012

KM1M

ACARA MEMBACA SEMALAYSIA!




"Lebih banyak yang anda baca, lebih banyak yang anda tahu. Lebih banyak yang anda belajar, lebih banyak tempat yang anda akan pergi." - Dr. Seuss, I Can Read With My Eyes Shut!

BACALAH! JANGAN BIARKAN MASA ANDA PERGI BEGITU SAHAJA..

Wednesday 24 October 2012

KM1M HARI 2

1. DEKLAMASI SAJAK, PANTUN DAN SYAIR

2. BACAAN INFO DAN KUIZ SAINS

3. SPELLING COMPETITION








 


Monday 22 October 2012

KM1M HARI PERTAMA

1. RESENSI BUKU

2. MENDENGAR CERITA DAN MENJAWAB KUIZ

       -HIKAYAT HANG NADIM

        - PENCERITA: ALIAH SYAFIQAH, QINA MUSRIFAH, ROSLINDA, ADILA JUWAIRIAH DAN MOHD AFIQ

3. JEJAK MAKLUMAT












Sunday 21 October 2012

Wednesday 10 October 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

TPM lancar program Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

NILAI 10 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Stadium Tertutup Nilai di sini kira -kira pukul 3.15 petang bagi melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan 2012.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan tradisional negeri, nyanyian lagu kebangsaan, penyampaian cenderamata selain pelepasan Konvoi Kembara Bahasa 2012 yang disertai oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Hadir sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Awang Sariyan, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.- UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121010/dn_23/TPM-lancar-program-Bulan-Bahasa-Kebangsaan-2012#ixzz28tizxXCq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday 31 August 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55

SAJAK KEMERDEKAAN UNTUK DIHAYATI


NEGERI INI, ANAK

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!


Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.


Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.



Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.


Marsli N.O
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989




NEGERI TERCANTIK
Tahukah
negeri tercantik dan sayu
ialah negeri yang kita tinggalkan
semasa menjadi kanak-kanak dan dibesarkan alam

Sebuah negeri yang menyimpan pengalaman
negeri yang menyanyikan keharuan
negeri yang menyambut kepulangan
ketika kita tua, lelah dan kebosanan

Ia terbenam di celah-celah kenangan
ditelan masa, disisih kehidupan
ia adalah negeri tercantik dan sayu
apabila kita pulang dengan mimpi dan rindu


- NAHMAR JAMIL

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI RAYA

TARIKH: 30 OGOS 2012
HARI: KHAMIS
MASA: 8.00 - 1.00 PTG

ATURCARA:

1. NYANYIAN LAGU NEGARAKU, NEGERI PERAK, LAGU SEKOLAH
2. BACAAN PERUTUSAN MERDEKA
3. UCAPAN GURU BESAR
4. NYANYIAN LAGU TEMA KEMERDEKAAN, TANGGAL 31 OGOS DAN JALUR GEMILANG
5. PERSEMBAHAN LAGU DAN DEKLAMASI SAJAK
6. KUIZ KEMERDEKAAN
7. TAYANGAN SLOT KEMERDEKAAN
8. PERTANDINGAN MEWARNA KIPAS MERDEKA
9. JAMUAN HARI RAYA

 


 












HASIL KERJA PEMENANG DAN SEKITAR BULAN MEMBACA